Insaflah....

Semalam keinginan aku menjadi-jadi. Bak kata fidzan melantun-lantun. Tak boleh nak tahan. Malam sebelumnya aku tak leh tido pikirkan apa aku harus buat keesokan hari. Joe telefon tanya jadi ke tidak plan. Aku kata "Jadi, jangan tak jadi!". Busan busan tak boleh tido aku belek intisari rancangan tv untuk esok. Nasib baik nothing much on. Akak kan jadi couch potato sepenuh masa sekejap. Ada ulangan The Apprentice which I missed tapi tak apalah. Tak lauk pon. Eh, silap tak luak pon. Lapar!

Jantung berdebar la jugak. Nak di "tak jadikkan" plan aku rasa rugi. Hati meluap-luap mengenangkan what happened last time. Daripada aku lepaskan peluang ni dan melopong baik aku try. Kalau tak dapat I could say to myself that I at least tried. Aku berkira-kira baju apa aku nak pakai besok. Almaklumla ada orang yang agak penting nak tengok aku (note: bukan jumpa tapi tengok). Dengarnya orang tu nak pastikan rupa aku ni sebab orang kata (bukan aku kata) aku dah banyak berubah. Kembang semangkuk la jugak bontot aku time aku guling-guling atas katil tu.

Otak aku laju merencana aktiviti untuk hari esok. Takut dan gementar pon ada. Sebab plan ni berisiko. Kot tersalah langkah mungkin memudaratkan hati, perasaan, nyawa dan juga kasut color turquoise aku. Last-last aku tak sedar pon aku terzzz. Sedar sedar tepon aku bunyi. Oh alarm clock aku call nak suruh bangun. Sayang betui aku kat alarm clock aku ni. Aku bangun pastu pack apa yang patut. Aku simbah sana simbah sini. gosok mana yang berkarat pastu sembur sana sini sikit. Siap. Jeng jeng jeng. Saat di tunggu dah tiba. Aku kena tabahkan hati bukak pintu bilik nih. Aku keluar toleh kiri kanan. Takde orang pulak. Mana depa ni? Aku dengar suara abah aku tengah ajar budak mengaji. Alah abah tu kacang ajek. Yang sorang lagi ni yang aku gemuruh sikit ni. Sekali tu aku dengar bunyi orang flush toilet. Yay! Mummy aku berak! Aku capai kunci Cik Tot terus keluar. Bukak pintu pagar, masuk kereta, start engine, chalo! Abah aku pesan satu jek. "Dik, tolong bayar parking ticket abah tu. Semalam lopa nak bayar". Hu hu hu. Selamats.

Aku tunggu Joe dekat rendezvous point. Lama gak. Berasap sekejap telinga aku. Mamat ni selalu punctual. Hari ni pulak nak buat roti canai basi. Tapi tak apalah since dia yang akan tolong aku jadikkan plan ni. Bila joe dah sampai kitorang tukar kereta and jalan. Bermulalah plan aku. Hati aku berdebar jugak. Rasa lambat jek nak sampai. Takut ni kalau-kalau anything happen on da way. Tapi alhamdulillah kitorang sampai jugak. Terus menuju ke destinasi dalam plan yang aku karam malam semalam tuh. Okeh agenda nomo satu ngan nomo dua dah settle walaupon tak megikut kehendak aku. Agenda nomo tiga - di tengok oleh Kak Long! Kak Long kata aku dah kecut. Yehoo!

So semua dah settle. Agenda nomo empat jek lagi. Kitorang berenti kat Jalan Dot Dot Dot (macam Leez plak aku rasa kena rahsiahkan identiti lokasi) dan joe keluar kereta nak mengambil the goods in question. Aku hulur duit untuk barang tu tapi as usual Joe kata "Takper, ambik! Bumiputra Commerce dekat jek". Dia support lagi la kan. Sukanya hati jahat aku. Dah dapat barang tu. Joe masuk kereta terus jalan balik.

Hati aku tak sabar lagi dah nak bukak barang tu. Tapi joe kata sabar sebab belum tiba masanya lagi. Hari dah nak gelap dah. Joe suruh aku recce tempat sesuai nak bukak barang tu. Sebab kalau tak kena tempat tak syoklah kan? Aku berkira-kira aku rasa aku tau tempat sesuai. Aku tengok jam. Macam lagi lima belas minit tu time sesuai tu untuk bukak barang tuh. Aku suruh joe berenti tempat tu. Kitorang park cantik-cantik kat parking lot dan bergerak keluar. Barang tu aku kelok dengan berhati-hati. Taku pecah lah. Kitorang melilau carik port best. Dah jumpa pastu kitorang duduk. Isk berdebar nya hati aku. Ok ke tak ok ni? Tibai jek lah. Aku toleh orang keliling. Takder perasaan semuanya. Nak tunjuk depa poser la tu. Aku pon poser gak tapi aku ada perasaan. Perasaan lapar la. Tapi bagus jugak depa stone jek tadek la perasan apa kitorang nak buat dengan barang tu. Dah lama lepas tu aku tengok orang dah mula active. Ini signal baik nih. Aku bukak cantik-cantik dan slow-slow barang tu. Satu persatu aku keluarkan. Bila tiba masanya aku pon tibai la cukup cukup. Apa lagi Nasi Beryani Restoran Insaflah......

Perut aku memboyot. Bukan busung tapi nak pecah perut melantak nasi beryani insaf. Tobat aku tak buat lagi. Insaflah...

0 comments: