Showing posts with label Martha Stewart. Show all posts
Showing posts with label Martha Stewart. Show all posts

Sama Naik

Okeh, ada dua scenario



Scenario 1
Aku masak gulai (misalnya udang masak lemak cili api) terlebih sikit garam. Joe akan makan sikit tak bertambah. Tapi aku suka masin jadi aku tambah. Kadang-kadang boleh hirup lagi kuah gulai lemak tu.

Scenario 2
Aku masak gulai (misalnya udang masak lemak cili api) kurangkan garamnya. Joe akan makan lebih sikit bertambah. Aku tak mau tambah sebab kurang selera kalau tak masin. Tapi sebab Joe akan suruh teman dia, dia akan suka-suki mak bapak dia tambah nasi aku dan suruh makan.

Kesimpulannya, masak ikut cara aku ke or cara dia, berat aku akan sama jek naik..

Ngeee....................................takpelah janji dua-dua happy. Aku hanya akan risau kalau tetiba dia kata "Makcik, tepi sikit; bontot tu besar sangat la tak nampak dah tv tuh........"

On another note: Hari ni nak masak ikan jacket bakar dengan air asam, pastu ulam kacang botol dan petai ngan sambal tempoyak......sila meleleh sekarang!
Update: Joe tambah dua kali. Ngeee...time sahur pulak masak gulai udang Joe tambah sekali.

Pengumuman

Periuk nasi elektrik saya rosak. Setelah lima tahun, dia refuse untuk panas. Dah jauh pergi tu. Dulu siap ikut saya pergi Surrey. Saya beli dia pun dalam keadaan emergency. Maklumlah, innocent masa tu. Nak hijrah ke Surrey ingat boleh survive perut Melayu comel ini dengan salmon saja kah? (sebenarnya boleh saja sebab saya pemalas masak nasi). Dah survive dua minggu pun masa tu.....dan turun erm 10 kg sebelum ada insan bernama Emi dan Ida jumpa periuk nasi tu dan memulakan tradisi masak ungkep (lama tak rasa ungkep Emi) untuk makan dengan nasi. Anyways, sebenarnya boleh saja masuk beras dengan air dalam microwave tunggu 15 minit dapat nasi panas. No crust! Tapi perlu ke saya bagi tau Joe perkara tu?