Hitam, putih, atau warna warni
hati aku tak senang. duduk tak senang. baring tak senang. tidur pun tak senang. mata tak boleh lelap bila fikir pasal hal tu. rasa geram pun ada. tapi dia bukan orang lain dengan aku. dia darah daging aku. dia yang melahirkan aku malah membesarkan aku. tapi hari itu nanti hari besar untuk aku. hari yang ditujukan khas untuk meraikan aku. aku aku aku. dan bakal suami aku. bukan dia. dan bukan suami dia. tapi kenapa dia masih nak berkeras? kenapa dia nak gunakan kuasa veto dia? aku keliru. mahu ikut kata hati atau mahu jadi anak mithali? aku berkira-kira kalau pun dia marah mungkin hanya sehari. lepas tu dia akan gembira. anak perempuannya yang seorang ini akan selamat berpunya. tapi otak aku juga kata kalau berkeras akan mengguris hatinya mungkin sampai bila-bila. tambahan pula aku penutup acara. dia mahu hebahkan pada kawan-kawannya. bak kata kakak aku - groupie nya, pengikut setianya. dah berpuluh majalah aku belek untuk sedapkan hati. dah bermacam cara nak naikkan seri warna pilihan hati mak aku ni. nak tahu warna apa dia pilih untuk theme color aku??? warna merah jambu!!!!!!
Posted in: on January 06, 2005 at at 5:33:00 AM