Trauma

Patutla semalam dia manja sangat dengan aku. Seronok hati aku tengok dia manja. Dia datang duduk dekat dengan aku. Kesian jugak tengok dia. She just lost her babies. When I first met her during Eidul Fitri I think she was just a few weeks pregnant. My sis kata teenage pregnancy. Yer lah. Muda sangat aku tengok dia tu. Badannya kecil genit. Abah kata macam Mak De aku yang tingginya tak sampai 5 kaki tu. Muka dia memang la comel. Agaknya sebab tu la cepat sangat mengandung.

Dia datang baring sebelah aku. Aku usap-usap kepala dia sampai dia tertidur. Kadang-kadang dia terjaga sambil meracau macam mengigau. Masa aku tengok dia macam tu aku rasa sebak. Mesti dia teringatkan anak-anak dia. Bila dia terjaga tu mesti dia pandang aku ibarat bertanyakan aku mana anak-anaknya. Aku tak tau nak jawab apa. Bukan salah aku dan pasti bukan salah dia. Abah dah usaha.

Aku masih tak puas ingat waktu aku duduk dengan dia tu. Pagi tadi aku bangun lambat. Selalunya aku terjaga sebab dengar suara Abah mengomel suruh dia makan. Dia ni pemilih sikit bab-bab makan ni. Itu tak mahu, ini tak nak. Makan ikut mood. Macam Kak Nona aku jugaklah. Sebab tu Kak Nona kurus agaknya. Tapi pagi tadi macam tak dengar pulak suara Abah berleter. Suara dia pun aku tak dengar. Aku bangun macam biasa. Bila keluar bilik tak rasa macam ada apa-apa yang kurang. Bila Joe telefon dan bertanyakan pasal dia pun aku jawab "Adalah tu, agaknya dekat luar". Lepas tu aku buat hal aku dalam bilik. Tak terasa pun nak bertanya khabar dekat dia. Takperlah, malam karang boleh jenguk dia; itulah kata hati aku.

Lepas maghrib aku keluar bilik. Nampak abah duduk berteleku depan tv. Suara dia macam serak. "Dik, pegi la makan sate. Mak ngan abah dan makan". Itu aje suruhan dia. Aku masuk dapur, ambil apa yang patut dan letak makanan depan tv. Aku teringat pulak nak alihkan mesin jahit dari bilik aku pegi ke bilik Kak Ida. Mak baru lepas sembahyang dalam bilik tu. Aku tak terduga mak nak tegur. "Dik, abah dah hantar Eid dengan Seb pegi pasar. Semalam dia gaduh dekat luar sampai abah tak boleh tidur...". Baru aku terpikir patutlah abah macam sedih. Macam orang hilang anak. Aku terduduk. Mula-mula aku rasa okey tapi lama-lama tak okey. Aku basuh pinggan kat dapur pun ternampak pinggan yang Eid selalu guna untuk makan. Dah elok terletak dekat tempat basuh pinggan. Selalu pinggan tu bukan dekat situ.

Aku tak tahan. Tak boleh tidur. Aku teringat kucing aku Eid. Sedih, trauma, risau. Agaknya apa lah dia makan kat Pasar Besar Kuantan tu? Memang la banyak ikan. Tapi boleh ke dia survive? Aku takut dia culture shock. Si Seb tu lagi sekor. Dah la lembut. Jantan tapi lembut. Badan dia tu dah berparut sebab asyik luka bergaduh. Aku tak sempat say goodbye pun dekat Eid. Eid yang baru kematian 3 ekor anak. Tak ada lagi la aku nak bukak pagar dengan ada 2 ekor kucing greet aku. Tak ada lagi aku nak gomol gomol badan comel si Eid tu dengan badan parut si Seb. Tak ada lagi la aku nak dengar abah aku berleter suruh Eid dengan Seb makan. Tak ada. Tak ada. Semua tak ada. Tolong! Aku tak tahan. Trauma!!!!

0 comments: