Simpang

Last weekend aku balik kampung hubby aku. Nama tempat tu Simpang Ampat. Mengikut ceritanya nama dia Simpang Ampat sebab memang the center of the kampung ialah sebuah simpang empat. Korang tau tak Carrefour tu in French maksudnya simpang empat la. A T-Junction. So kampung hubby aku ni nama dia Carrefour la sebenarnya. Heh. Kat situ ada kedai hardware Ah Seng, ada balai polis. Itu la main landmark yang aku ingat.

Tapi semenjak gomen dah built a highway there tak ada lagi nampak identity Simpang Ampat tu. Sbb all the way memang akan ada junctions untuk exit to specific places. Bila cakap pasal the loss of Simpat Ampat's identity ni macam tu jugaklah hilangnya identity family hubby aku ni. Bila aku balik kampung kali ni aku dapat tahu ada peristiwa di sebalik the building of the highway yang go through kampung Simpat Ampat ni. Kesahnya family hubby aku ni kaya dengan tanah sawah (bukan kaya duit) yang sekarang ni kalau lalu highway tu boleh nampaklah. So bila nenek hubby aku meninggal tanah ni dah jadi tanah pusaka. Bila sebut tanah pusaka I'm sure the first thing that comes to mind is perebutan harta. Adik beradik mother in law aku rupanya hampir berbalah disebabkan tanah pusaka tu. Bila kami berkumpul untuk kenduri cousin aku di Dak Jali ni baru aku kenal mak-mak dan bapak-bapak sedara aku yg selama ni I only ever heard of from my mother in law.

Ada Along Aih anak lelaki sulung. Ada Along Yob from Seremban. Ada Alang. Ada Acik. Ada Pak Itam uncle yang ganas dan pandai nyanyi lagu Oh Fatimah. Ada Busu Lod. Kalau dengar cerita mother in law aku depa ni semua asalnya rapat. Masa anak Along Aih dengan Along Yob kawin dulu mak la yang masakkan lauk kenduri. Hubby aku dengan adik beradik dia la yang jadi kendarat ke hulu ke hilir. Sekarang ni Along Yob tak mahu salam dengan aku and hubby aku. Busu Lod tak datang langsung ke kenduri. Pak Itam dah takut takut nak borak dengan kami. Semua sebab tanah dekat simpang tu.

***********************************

Aku perasan anak anak dara Alang dengan Acik sibuk berkaraoke masa kenduri tu. Kat sini agaknya dah adat kalau kenduri kawin mesti ada karaoke. Kak Long punya comment - "Masa dulu anak dara la sibuk tolong apa yang patut. Anak dara sekarang ni agaknya layak pasang badan aje. Tunggu nak berlaki."

***********************************

Hubby aku pernah ada crush dekat Mak Itam isteri Pak Itam. Boleh tak?

0 comments: