Nasi Minyak
Lunch date beramai-ramai tadi tunjukkan perasaan aku yang sebenar. OTG itu ada sekali. Aku tak boleh tengok muka dia. Menimbulkan kemarahan. Sampai hilang selera nak makan nasi minyak free. Dan aku jarang hilang selera okey? Tambahan pulak makanan free. Dia hancurkan harapan aku. Otak akademia aku celaru sedikit sejak remarks dia tempoh hari. Dan tiada siapa boleh faham. Tidak Joe, tidak Auntida, apalagi kucing gemok beranak tiga tepi peti surat itu. (Petang tadi aku nampak dia gonggong anak nak lari dari peti surat, itu cerita lain). Sampai buka mata sebelah pagi mahu tutup semula. Tak mahu pergi kerja. Habis semua kelas hendak dibatalkan biar terlangkup bebudak tu semua. Baru padan muka. OTG letupkan belon research spirit aku yang baru nak berkembang suam-suam kuku. Itupun Auntida yang tolong tiup belon tu. Kerrrsplatt...it went. OTG tak nampak semangat rajin selama tiga tahun kebelakang ini. Tapi dia nampak semangat kemalasan sekali-sekala yang berlaku dua tiga minggu lepas saja. Itupun sebab aku pergi present paper la, bahlol! Nah rasakan sebijik. Harap-harap OTG tak tau blog aku lah kan? Rasanya dia tak baca blog. Kata golongan akademia tahap tertinggi. Mesti baca journal proceedings saja ye dak? Entahlah labu......besok-besok aku okey la tu. Cuma takkan cium bontot OTG lagi.
Posted in: on April 02, 2008 at at 1:20:00 PM
OTG tu 'orang tua greatest' ke 'orang tua gendut' ke "orang tua gatal"?
hihihihi disebabkan baru pegi hacking demonstration dan takut blog ni dihack maka OTG adalah rahsia