Aku nak pegi nak UK balik!
Jadi bila ada peluang untuk scholarship aku tak lepas peluang untuk hantar proposal half-baked aku. Idea gila buat proposal dalam masa satu hari. Janji dah buat. Sekarang crossing my fingers aje-lah. Tak dapat maksud takde rezeki. Tapi kalau dapat maksud ada 50-50 chance untuk pergi UK sekali lagi. Lagipun orang lain yang bising-bising nak hantar proposal dengarnya semua tak jadi. Demam raya lah katakan. Salah management juga; kasi tau pasal scholarship lambat pastu tak kena timing. Sebenarnya bukan nak cerita pasal PhD. Biasa kan, bulan tak Ramadhan dugaan puasa dia lebih kuat. Hari-hari datang opis 1/4 masa digunakan untuk surf website recipe atau makan-makan. Semua nampak macam sedap. Sebab itu pulut aku still dalam peti sejuk bahana semalam teringin nak makan pulut panggang tapi tak sempat sebab ada kelas malam. Bila balik dah penat dan malas nak masak. Harap-harap pulut still elok. Malam ni ada kerajinan aku buat lah. Sebab yang nak pergi UK tu adalah kerana di sana dan juga aku rasa in most European countries ada makanan yang aku suka makan dan dengan kadar harga yang relatively lebih murah dari sini. Kalau kat Tesco tu saja kira food heaven budak miskin student macam aku ni. Aku rindu dengan gebu gebu lembut caramel dia. Pastu kalau rasa dah accomplish something walau tak sebesar mana, malam-malam jalan kaki pegi Tesco dan borong trifle dia. Cheeses jangan cakap lah. Walaupun pelik juga masa awal-awal sampai tu tak terliur pun nak makan cheese. Fresh milk cuma 90p per litre. Sini nak beli susu yang harga RM10.00++ sebotol tu? Lopakan-lah. Paling-paling aku dapat pun lactose indigestion dan kentut-kentut. Kat sana tak ada pulak sangat rasa nak kentut lepas minum susu. Kalau rasa kaya, which mostly aku memang perasan kaya pun masa kat sana selepas kerja Marks & Spencer (ayat bangga diri!), belilah salmon. 2 slices of salmon baru GBP2. Aku makan untuk dinner separuh slice each time. Pan seared with butter, salt and pepper. Pastu side dish mixed vege and salad. Kecur air liur lah punya. Laksa johor pun pakai salmon. Kalau rindu seafood pun beli jugak seafood platter yang agak kira mahal tu. Pastu buat cream sauce. Hoh letak pulak portobello mushroom yang gemok gemok tu. Double cream pun berapa p ajek. Tara hal-lah. Sini nak cari double cream punyalah susah pulak tu mahal. Kasi bengang ajek bila mengidam pasta. Haih. Kalau hari Khamis ada fresh market kat campus. Pergi student center boronglah fresh fruits and veges. Walaupun aku tak berapa nak suka makan buah kecuali yang dah kupas dan potong. Tapi tengok strawberries time summer gebu-gebu meleleh jugalah. Lagi satu tak payah kupas. Heh. Broccoli pun jadi kemestian kalau aku masak. Sini murah jugak broccoli kat Tesco tu. Tapi dari negara yang ada melamine tu. Masa mula-mula sampai tak ader geng Melayu. Jadi aku survive dengan oven baked fish and chips. Sihat ke tak sihat tu? Tak main la goreng goreng. Time lunch in between classes boleh kenyang ngan egg and watercress sandwich. Watercress tu pegaga kan? Kat sini bo-layan ajek. Sebab maleh nak buat ulam. Eksyen gila. Kalau balik kerja jalan kaki mesti nak melencong kat Robert Dyas. Sebab ada Gregg's. Beli cheese & onion pasty satu. Makan sambil jalan kaki. Kalau takder class petang tu mesti melilau pegi Millie's Cookies. Beli lah satu cookie yang besar tu. Dah cukup pun. Banyak chocolate chips dan yang penting soft-baked. Hahah. Macam half-baked proposal aku jek. Kalau perasan berduit lagi lencong pegi Starbucks beli caramel frap yang 2 hengget tu. Duit sanalah. Tapi still relatively murah. Sini satu gelas venti dah berbelas-belas hengget. Memang tak boleh blah. Kat tempat kerja jangan cakap. Habis kerja tukar baju masuk balik sales floor. Angkut la snacks yang menarik. Paling tidak angkut sabun dan bedak yang harga GBP1 tu (ini bukan makanan, mungkin cerita lain).
Haih, lambat lagi ke nak berbuka?
Posted in: on October 09, 2008 at at 9:32:00 AM
aku benci la entry kao nie!
-emi-
emi kenapa benci? kenapa? kenapa?
cop!!!!!!!!!!!!!!!!!!
mau pegi uk,
sebab phd, ka
sebab makanan setapppppppp??
-babyUmar