Ini adalah entry saya....

...yang ke tujuh belas puluh ratus ribu pada hari ini kerana ... saya adalah terbosan sekali hari ini PLUS I like my new template. Hik.

Mak telah memasak ikan tenggiri kicap bersama kentang dan cendawan serta salad dengan peanut dressing. Semuanya cantik terhidang tapi kami hanya amik sedikit saja sebagai bekalan sebab sebelum itu sudah kenyang memakan bihun Makcik Y yang rasanya hanya so-so. Rugilah makan mihun itu. Sebelum balik Abah sempat capai ke dalam kereta Nissan untuk memberi kami topi percuma berjenama Parti X. Adalah Joe sangat malu untuk memakai topi percuma itu. Sampai KL terus menuju rumah Shah Alam untuk aktiviti kemas-kemas tapi ended up memakan bekalan yang sedikit di atas lantai. Akhir sekali adalah menyesal kerana amik nasi yang tak cukup untuk makan berdua. Bekas untuk bekalan adalah licin kerana sisa-sisa salad dressing juga dihabiskan. Selepas makan berbaring di atas lantai kerana hanya lantai sahaja yang sejuk di rumah itu. Selain daripada itu adalah panas kerana Encik Joe tidak pandai memasang kipas-kipas elektrik di rumah melainkan meminta perkhidmatan Encik Wireman. Rumah masih perlukan 10 downlights dan juga 2 kipas murah WorldStar yang berharga RM69.90 itu. Encik Security Guard juga adalah datang mengetuk gate yang belum di'auto'kan itu untuk memberi khidmat rondaan dengan kadar RM30 sebulan. Adalah saya rasa berpatutan tapi siapa yang mahu make sure Encik Guard Bangla itu datang meronda setiap satu jam? Adalah sungguh moskel sekali. Sebelah petang pergi memcabut rimbunan pokok merayap yang saya tidak tahu nama itu di belakang rumah. Pokok merayap sangat rajin merayap hingga sampai ke dalam bilik air bawah untuk mencari air.

Semenjak dua menjak ini perut adalah meragam kerana saya makan Evening Primrose Oil. Nik berkata EPO ini baik untuk stabilise hormone dalam badan saya. Bagus juga kerana setiap kali makan saya akan rasa hendak terbe*&^ dengan sekelip mata jadi saya tidak sempat menyimpan makanan dalam perut; adalah semua terus terkeluar dengan ganasnya.

Oh belum sempat terbe*&^ hari ini adalah seorang student mendatangkan diri setelah lama tidak berjumpa dan membawa pisang goreng sebagai rasuah. Pisang goreng adalah sedap jadi saya melahap tanpa malu. Padan muka dia selalu malas mendatang jumpa. Tapi adalah tulisannya sangat bagus dan academic sehingga saya termalu dan menrevertkan diri kepada tulisan luahan hati dan luahan otak dalam bahasa yang entah apa-apa ini....alah agaknya dia tiru kot?!

7 comments:

  1. tersangatla gembira saya membaca entri ini. terbaik setakat ini... huhuhu... :)

  2. "Kepala tidur", adalah saya amat tergelak sekalu membaca 'masukan' (jangan kepala kotor!) ini. Ia amatlah lucu dan mencuit hati. Walau bagaimanapun saya juga sedih sebab tak dapat makan ikan tenggiri kicap dan salad kuah kacang. Mungkin bila kami balik dan takde mokcik pokcik X atau Y, mak akan bermurah hati juga untuk buat lauk itu.

  3. Very entertaining... Tapi tak pa, kerja lebih sikit sebab dapat pahala dan sponsorship umrah. The somewhat bro bila nak kongsi cerita?

  4. woooo full house!

    terkuja dan terkujat lah akan saya terbaca masukan "kepala tidur". almost like shasha's BM when she just got back (sampai sekarang kot...still mcm tu; semalam dia tanya, what is membimbit, memikul, menjinjing, men-ntah apa lagi ... mommy pun tak tau ler - itu bahasa sungguh terbanyak susah!)

  5. saya tersangat sibuk untuk merehatkan diri saya sendiri... sabar itu separuh dari imaan... ujian tuhan amat getir bagi saya :)

  6. Why not the somewhat bro share with us the ujian getir.Semua org ada ups and downs. Kadang-kadang memang rasa semua di hadapan kita susah tapi most of the time just illusions. Ramai lagi org yang menghadapi ujian lebih getir. Dan bukan semua orang senang setiap masa sebab kebanyakkan yang nampak senang tu tak ceritakan kesusahan mereka.

  7. wakakkakakkak
    saya ADALAH sangat suke baca entri ini. saya ADALAH teruja lantas tersenyum girang lalu menyanyi-nyanyi seronok di taman bunga.

    lallalallalallallala